Monday, October 26, 2009

EGM apa tu??

Tak faham aku dengan parti Pas ni. Kecoh satu negara. Sekejap nak buat EGM, sekejap mesyuarat khas. Baru saja kalah satu kerusi kecoh nak buat EGM. Tak kira siapa punya idea tapi ini menampakan ketidak matangan dalam siasah politik mereka. Politik itu merupakan satu persepsi jadi rakyat melihat kekecohan ini satu kebingungan politikus mereka. Siapa peduli tentang wala' atau tidak. Rakyat mana mengkaji tentang yang tersirat? Tiada!!. Apa yang penting persepsi.
Jika begini bagaimana ingin memenangi PRU nanti? Baru dijolok oleh seseorang kecoh satu parti. Orang luar pulak boleh menafsir perpecahan parti sendiri. Berkokok para blogger kiri dan kanan cuba menerangkan maksud. Tapi ianya tidak akan sampai pada masyarakat umum. Hanya para blogger pendukung yang syok sendiri. Apa maknanya jika kita saja yang tahu?
Biar politikus itu merencana secara terancang dan berhemah. Jika ada pertualangan buatlah seperti menarik rambut didalam tepung. Rambut tak putus tepung tak rosak. Jangan dibiarkan hanya nila setitik rosak susu sebelanga.

Thursday, October 15, 2009

Motivasi Perniagaan


Kita melihat di tanahair golongan peniaga kebanyakkannya bukan orang Muslim. Mengapa perkara ini timbul?? Kenapakah orang Melayu tidak ramai bergelumang dalam perniagaan dan masih ramai berkerja makan gaji? Pelbagai faktor meyebabkan perkara sebegin berlaku dan pelbagai teori telah diberi.

Ok, biarlah teori itu di analisis oleh mereka yang bijak pandai. Tetapi di sini aku cuma ingin memberikan sebab mengapa perlu orang Melayu itu berniaga. Segala alasan yang dberi ini cuma berdasarkan pengalaman aku sendiri dan mungkin tidak lengkap. Tetapi yang pentingnya kita mesti menceburi bidang ini.
Antara sebab kita perlu berniaga

1. Satu tuntutan agama iaitu fardu kifayah. Dengan adanya perkara ini dilakukan oleh salah seorang dari kita maka selamatlah umat Islam dari dosa.
2. Tiada dalam ajaran agama lain yang beritahu bahawa 9/10 rezeki itu dari perniagaan. Tuntutan dalam agama kita teramatlah lengkap tapi mengapa berlaku sebaliknya. Sekarang ini kita mengejar 1/10 dar punca rezeki iaitu kerja selain dari perniagaan.Padahal rezeki yang besar itu kita lepaskan pada orang lain. Pelikkan?
3. Bila berniaga boleh dikatakan duit selalu ada dalam poket walau perniagaan itu berskala kecil. Dari sudut ekonomi maka kekangan dan tekanan duit kurang berlaku. Jika golongan makan gaji itu pendapatannya lebih dari orang berniaga tetapi dari sudut duit iannya terpaksa menunggu cukup bulan baru dapat gaji. Masa tu memang musim yang paling haru sementara menunggu hujung bulan dan bila dah dapat terpaksa membayar pelbagai hutang dalam jangkamasa menunggu itu.
4. Dari sudut status orang yang berkerja sendiri ini mempunyai self confident yang agak tinggi. Maklumlah kita sendiri tokey dan kuli siapa nak marah. Masyarakat sekarang memandang kedudukan usahawan ini agak tinggi sedikit dari golongan lain. Jika nak meminang anak orang cakap saja 'bisnesman' kembang le bakal mertua.
5. Kata kawan aku orang berniaga ini seolah memasang pukat di atas darat iaitu boleh nampak hasil yang na masuk. Bidang lain itu seumpama menahan pukat diair sebab tak nampak rezeki yang lalu dibawah sana.
6. Kita kena didik anak-anak dalam perniagaan dari sekarang sebab garenti 9/10 itu rezeki dari perniagaan. Yakinlah. Mungkin bisnes kita sekarang kecil kerana masyarakat bru saja menceburi bidang ini. Dalam jangkamasa yang panjang dengan terdedahnya anak bangsa kita dalam perniagaan tidak mustahil akan lahir ramai jutawan dalam tempoh 10-20 tahun akan datang.
7. Fakta ini agak menarik. Ramai orang yang kawin lebih dari 1 itu terdiri dari golongan usahawan. Tidakkan anda teringin.....
8. Dengan ramainya golongan kaya diharapkan jumlah zakat dapat ditingkatkan lagi dan dapat membantu lebih ramai umat Islam. Insyaallah.
Banyak lagi fakta tentang kebaikan perniagaan ini sebenarnya. Bukan seperti yang dipaparkan dalam drama TV kita yang mempelihatk sisi negatif seorang usahawan. Bila disebut bidang ini tanggapan yang berlegar adalah korupsi, ego, sombong, duit haram, gejala sosial dan sebagainya. Mengapa tidak dilihat dari satu sudut yang positif yang membuatkan kita semua suka kepada perniagaan.

Wednesday, October 14, 2009

Fikirkanlah Sendiri

"Banyak lagi sebenarnya yang boleh aku bahas. Tapi cukuplah dulu setakat ini. Woi budak UMNO ! Korang nak suruh ulama mana ambil tindakan kat TGNA ? Harussani ? Noh Gadut ? Jamil Khir ? Mashitah Ibrahim ? Mufti WP ( tak ingat aku nama mangkuk sorang ni ) ? Zainal Sakom ? Ni semua ulama dunia....ulama periuk nasi, tak berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah macam hampa juga benggong !"

Salah satu komen yang aku dapat dari sebuah blog.

Fikirkanlah sendiri jika ayat seperti ini yang dikeluarkan dari sebuah blog pendokong parti berteraskan Islam (PAS) adakah ianya menggambarkan keperibadian Islam itu sendiri?? Ini ayat marah ke nasihat? Jika ini adalah kata dan luahan dari pendukung Islam begitu tercalar hati aku ini. Begitu mudah membenggongkan sesama manusia jika tiada sehaluan pendapat. Terlalu lancangnya kata-kata yang membuatkan orang lain terguris rasa. Aku bukan ahli agama tapi faham Islam tidak membenarkan kita menghina sesama Muslim. Berdakwah atau berpolitik biar mengikut landasan sebenarnya.
Jika ramai orang merasakan inilah cara kita berpolitik maka tercalarlah agama Islam yang murni ini. Maka satu hari nanti orang akan benci dengan kitaran politik sebegini. Untuk bersandarkan pada parti yang berteraskan Islam pun terasa ada kemuskilan disebabkan pendukung mereka yang bersikap kurang diajar. Biarlah anda menyokong parti anda tapi jangan menjadi "sokong yang membawa rebah". Disebabkan blogger seperti ini maka tanggapan terhadap parti PAS sendiri tercalar. Waspada dan berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat.

Tuesday, October 13, 2009

Teori Kerajaan Melayu

Berapakah lama kerajaan Melayu Islam akan bertahan?? Satu persoalan ditimbulkan supaya diri kita memikirkannya. Berapakah lama kerajaan Melayu Melaka bertahan? Hanya 100 tahun! Itu lah tempoh jangkamasa orang melayu memerintah dengan penuh kegemilangan. Mungkin ada kerajaan Melayu yang lain namun tidak sehebat Kerajaan Melayu Melayu yang terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan.
Sejarah adalah sesuatu yang berpusing dan kita harus mengkajinya untuk mengelakkanya berulang kembali. Adakah kerajaan Melayu sekarang akan berkisar pada 100 tahun sahaja? Kita sudah merdeka 51 tahun, cuma ada 49 tahun lagi jika mengikut perkiraan sejarah. Seharusnya kita memikirkannya dan berusaha supaya kuasa kita tidak seperti kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Betul atau tidak teori ini, waallahuallam kita cuma harus berusaha untuk mengekalkan kuasa yang ada pada kita. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita merempat di tanah Melayu ini!!
p/s seperti teori RAHMAN masih ada orang menggunakannya.

Sebuah Langkah Pertama

Terpanggil diri untuk menjadi blogger, satu trend masa kini. Tempat manusia-manusia melepaskan tahap pemikiran mereka di atas nama sebuah penulisan. Aku juga ingin menjadi seperti mereka juga tetapi tidak seperti mereka!!! Mereka yang merendahkan tahap pemikiran dan menuliskan atas nama blog.
Bukan ingin menjadi ilmuan, sasterawan atau apa sahaja yang boleh digelarkan. Cuma aku ingin menjadi seperti aku hari ini. Menjalani sebuah kehidupan seperti insan lain. Tiada yang lebih keluarbiasaan dari biasa.
Aku cuma ingin melihat sesuatu perkara diluar dari pemikiran yang biasa kita lihat. Tidak melihat secara terus dan mempercayainya. Aku cuma ingin mencurahkan pendapat di dalam alam siber ini.


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Porsche Cars. Powered by Blogger